Bazar AB

Jual Beli Komunitas AB

Bazar AB

Jual Beli Komunitas AB

Jelajah berdasarkan kategori:
Aksesori
Alat Sholat
Buku
Dekorasi
Furniture
Herbal dan Kesehatan
Hiriz
Jasa dan Layanan
Makanan dan Minuman
Pakaian
Jelajah berdasarkan kategori
Bazar AB - Narasi sejarah Asyura | Jual Beli Komunitas AB

Narasi sejarah Asyura
Rp. 60,000

22 BukuDitambahkan oleh Toko Buku Ahlul Bait 085324521168 dari Jl raya keadilan no 23 RJB Panmas Depok

AL LUHUF : Narasi Sejarah Asyura. Kisah Kesyahidan Sayidina Hussain Cucunda Nabi.

softcover
Harga 75.000 diskon jd 60.000
Hub : 085324521168 wa.me/6285324521168
tokobukuahlulbait.net

Dalam dunia kaum muslim, Muharram adalah penanda bermula tahun baru Hijriah. Penganut Islam maklum bahwa di bulan ini banyak peristiwa bersejarah berlaku. Namun dalam sejarah tersebut, perang atau Tragedi Karbala adalah yang terasing dari pengetahuan umatnya.

Selepas kewafatan Nabi saw umat Islam hidup di bawah kepemimpinan Khulafa Ar Rasyidin. Selepas kesyahidan Imam Ali Bin Abi Thalib , kekhalifahan berpindah kepada pewarisnya, Sayidina Hassan bin Ali r.a, namun pemerintahannya tidak stabil akibat gerak kerja politik Muawiyah ibn Abi Sufyan.

Muawiyah akhirnya berjaya menjadi khalifah selepas Saidina Hassan r.a dengan bijak memilih jalan pendamaian yang bersyarat dari Saidina Hassan r.a. Dengan naiknya Muawiyah sebagai khalifah maka bermulanya era kepimpinan Bani Umayyah. Di masa pemerintahan putera Muawiyah, Yazid, terjadilah peperangan tidak sebanding (pembantaian) antara kerajaan Bani Umayyah dengan Saidina Hussain r.a bersama keluarga dan sahabat sahabatnya.

Nasib Bani Hasyim yang malang ini tidak berhenti di Karbala. Mereka terus disiksa, dibunuh dan diusir sehingga mereka bertebaran ke seluruh dunia menyelamatkan sisa-sisa zuriat. Perkara ini terjadi pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah. Para pendukung Bani Hasyim juga tidak ketinggalan mendapatkan perlakuan yang sama.

Buku Luhuf: Sejarah Narasi Asyura ini adalah salah satu karya klasik asing seperti yang telah dimaklumkan di atas. Keterasingan itu memang disengajakan oleh penulis-penulis sejarah. Menyelak setiap helaian-helaiannya memberi dimensi baharu dalam melihat sejarah kaum muslimin. Ia juga membuatkan kita tertanya-tanya, kenapakah riwayat-riwayat yang di susun oleh Sayid Ibnu Tawus ini tidak ada dalam pensejarahan Islam arus perdana?

Penulis kitab Luhuf ini iaitu, Sayid Ibnu Tawus, adalah salah seorang ulama Islam yang hidup pada era kejatuhan Bani Abbasiyyah di Baghdad. Sebagai seorang ilmuan, beliau telah meneliti dan menghimpunkan kisah-kisah tragis Karbala untuk tujuan dibukukan. Usaha Ibn Tawus ini sebenarnya telah mengisi kekosongan sejarah tentang apa yang terjadi di Karbala.

Ada tiga bahagian utama di dalam buku ini yang menceritakan kronologi tragis Karbala itu berlaku. Bahagian tersebut ialah Pra kesyahidan, Kisah Syahadah dan Pasca Syahadah.

Di dalam Prasyahadah, penulis memulakan dengan membentangkan biografi Imam Hussain r.a berdasarkan riwayat. Di sini kita akan mengenal bahwa Imam Hussain r.a bukanlah sekadar cucu kesayangan Nabi saw malah kesyahidannya telah diketahui oleh datuknya sedari beliau kecil lagi.

Penulis juga menunjukkan riwayat-riwayat bagaimana penduduk Kufah yang sebelum itu telah memberi perjanjian kesetiaan kepada Muslim bin Aqil, sepupu Saidina Hussain r.a, kemudian ditakut-takutkan oleh gabenornya Ubaidillah Ibn Ziyad. Tekanan terhadap penduduk Kufah dan kesyahidan Muslim bin Aqil ternyata adalah arahan dari Yazid.

Di dalam Kisah Syahadah, kita akan membaca bagaimana Imam Hussain r.a telah dikepung di sahara Karbala oleh puluhan ribu tentera. Beberapa pertarungan epik dan menyayat hati berlaku namun kumpulan Imam Hussain r.a tidak mampu bertahan sehinggalah sebahagian besar darinya telah terkorban. Jasad Saidina Hussain r.a khususnya telah diperlakukan sedemikian sadis dan kejam sehingga sepatutnya dipersoalkan apakah para algojo ini manusia ataupun syaitan.

Di dalam Pasca Syahadah pula menceritakan tragedi yang menimpa kepada para tawanan Karbala yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan wanita mulia Bani Hasyim. Mereka diperlakukan seperti tidak punya pertalian darah dengan Nabi saw. Mereka dipermalukan dengan pelbagai kehinaan ketika persinggahan mereka di istana gabenor Kufah di Iraq dan istana khalifah di Syam . Namun kemuliaan para anak cucu Nabi saw ini tidak tercalar

Lokasi perkiraan penjual

Chat di WhatsApp
Kirim Pesan
Buka Peta



Paling populer

Terbaru dalam Kategori

18.97.14.81